Blog Widget by LinkWithin

>>AttenSioN to aLL viSitOr, plez cLiK tHis LinK<<

Dahsyat nyerrrr.....pasir making hehehhee

6:05 AM Posted In Edit This 1 Comment »
sya dapat email yang menarik untuk kongsi bersama.. email ni tentg kreativiti yang gempak punyer....hehe.. pandai betol penggiat2 seni tanah pasir membina sesuatu yang menarik untuk dipertayangkan... sila2 la puji yer...









dApAt aNak BaRu?????????

11:32 PM Posted In Edit This 4 Comments »
saje je tajuk bagi GEMPAK sikit..sebenar nya bukan anak sendiri.. tapi anak kucing..kih2..
anak sendiri???hm....bila la agaknya... minggu lepas saya balik kampung..tut2 tengok ada anak kucing baru, upernya2 kucing orang buang kat kawasan rumah saya.. tapi kucing tu comei
sangat2..

[love.jpg]

sebenarnya dah ada sekor kucing (comel + cute + berisi) tapi dah besar panjang pun, yang xtahannya dah ada mak we plak dah.. pandai plak dia tackle anak dara kucing <sya xajar pun dia ilmu mengorak ni, mana ntah dia blajarnya > dia chating kat faceBook kot... sejak dah ada m.we ni,lupa dah kat umah, itu yang jarang balik rumah, bile lapar baru balik... mentang2 la dah ada ramai peminat rumah pun xingat yer...huh!!! kita nk bermain2 ngn dia pun susah.. ooppsss..lupa nak habaq... yang nakal ni diberi nama "pek ah"..hehe.. yang kecik plak baru je bagi nama, namanya "adekkkkk...")

xpe2...skang dah ada baby baru.. lagi comei.. bleh la bermain2 ngn "adekkkk".. tapi still malu2 lagi...time lapar dia naek la atas rumah... nasib baek dua ekor kucing ni xbergaduh bila bersama..
eeerrr..bersama??? yer la, biasanya kucing kan akan marah antara 1 sama lain bila 'bauan' yang menusup kalbunyer lain kewangianyer...
waaa..mengantuknya..mlas dah nk taip..
nak p tido dlu

[tweety.jpg]


JeNis-JeNis HaNtu

6:18 AM Posted In Edit This 6 Comments »
sekarang sudah menjadi trend pembikin filem buat cerita-cerita seram, yang terbaru sya tngok cerita MOMOK THE MOVIE, cerita nyer kelakar giler2 la tapi still seram bila menonton...
apa tak nyer, buat muka hantu tu hodoh giler, menakut kan lagi..tension je.. baik cerita hantu cina plak...xtakut n lucu giler2, sampai bleh pecah perut..eeerrrrr..yer ke..hehe... menurut kata-kata orang dahulu, dalam tanah melayu ni macam2 jenis hantu ada..eeerrrrr... MySpace tapi dah memang orang melayu..sebut je cerita hantu, mula la meremang bula roma kan.. MySpace

sO, disini sya hendak mengupas sedikit sebanyak tentang asal usul segala jenis hantu yang ada bagi mendalami jiwa2 hantu ini dengan lebih mendalam.hihihihi... poyoooo kan.... MySpace yer la, asyik takut je bile sebut hantu2 ni..kena la bagi ubat xnak kasi takut sama spesies2 ni....macam mana xnak kasi takut????????
jawapannyer kena lah berani kan...hehe... apapun di sini saya bawa latar belakang jenis-jenis hantu disini.. selamat memberanikan diri yer....





Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja,kuliyah,kelas n macam2 la, lepaih tu nengok e-mail., tengok facebook.macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!!

LaGi-LaGi LaWaK....Huhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

7:22 PM Posted In Edit This 15 Comments »
fuhhh...~~~lamanya xupdate blog...singgah pun jarang skali... setelah sekian lama menyepi tergerak jugak hati nak post kan something hari ini... ini pun sebab tahap keboringan maksimum... apa pun buat permulaan untuk posting kali ini just cerita kelakor je setelah sekian lama ghaib..eeerrrr......


Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki : Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut…

Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....

9:42 PM Posted In Edit This 7 Comments »
Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Helah kahwin lain yang kantoi

1:05 AM Posted In Edit This 5 Comments »


setelah sekian lama tidak update blog.. teringin jgak nak post kan sesuatu.. tut2 dapat email yang agak kelakar la...so..tumpukan perhatian membaca nyer..haha..

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS

tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Sebab handphone tidak boleh bawa ke sekolah

4:13 PM Posted In Edit This 5 Comments »

Image Hosting

sekarang ni bnyak sangat masalah sosial yg berlaku di sekolah2...
antara sebabnye kebawakan nset ke sekolah
diorang ni klu guna untuk kebaikan xpe..
tapi yang menjadi masalah problem nyer.........
macam2 bnda xelok diorang buat...
rakam member sndiri buat SHOW la.....
tapi kadg2 ada jgak faedah nyer..
sperti ada kes sebelum ini yang mana ada tersebar video PeLaJaR TENDANG GuRu
telah dirakam dan pelajar berkenaan telah dibuang sekolah
kecian~~~

tapi asernye yang tension cikgu sekolah lah..
asal nak pukul stdent je, ada je yang rakam...
cikgu nak pukul coz nak bagi pengajaran
tapi disalah tafsir sebagai penderaan...
then, report polis..
patut la skang ni mcm2 kes berlaku....
cikgu pun takut ngn stdent..
bukan pe, takut masuk lokap
Berbeza nyer pelajar zman dlu dngan pelajar zman skang

PeNCiNTA

12:22 AM Posted In Edit This 43 Comments »

(iklan~~~~~~~~~>>>>>

Trilogi Bagaikan Puteri, antara novel karangan Ramlee Awang Murshid yang paling diminati. kisahnya dapat menyanyatkan hati para pembaca.... ia mengisahkan kejadian yang lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pada masa dahulu kala berulang kembali di zaman Hang Tuah dan juga pada masa kini iaitu "ashabul kahfi". walaupun ianya hanya sebuah cerita,tetapi banyak iktibar dan pengajaran yang dapat dipetik dari novel trilogi cinta ini.
iklan TAMAT....

Ingatan dan doa buat kawan2 yang sedang asyik memadu kasih......Ingatan buat diri ini yang terkadang selalu tergelincir.

"Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab itu saya mahu belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!.

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya berhajat belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya, bang? Saya mahu bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta,motor elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati, bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya saya!.

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.


Tetapi kita merancang Tuhan yang menentukan... memang sudah ditakdirkan tiadanya jodoh diantara dua pencinta ini. Jika takdir ini adalah baik buat dua pencinta ini maka, dengan rela hati dan redha menerimanya... Walaupun begitu, kesunyian, kesepian dan kenangan tetap akan dirasai dan diingati ntah sampai bila?????...... semoga kita tak terlupa PENCINTA kita yang benar2 sejati. (diharapkan si dia bahagia di samping teman hidup yang terCINTA)

Doakan kami saling insaf-menginsafi. "Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya di syurga...."
Amin....

Gempa di PADANG dan Ayat AL-QURAN

11:18 PM Posted In Edit This 0 Comments »
kali ini sya nak berkongsi berkaitan kejadian ataupun bercana yang berlaku di Padang. kejadian ini lebih kurang sama dengan ape yang berlaku di aceh pada tahun 2004 di mana ianya telah mengorbangkan banyak nyawa. tetapi kejadian kali ini adalah diibaratkan lebih kurang sama dengan hari kiamat yang mana goncangan dunia/gempa bumi telah melanda di kebanyakan negeri. yang menariknya kali ini, kejadian kali ini telah dikaitkan dengan surah dan ayat Al-quran...
Artikel ini sya dapat dari seorang kawan..maka adalah patut untuk dikongsikan bersama

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qurân! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' (surah ke-17) ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."�

17.58 (QS. Al Israa' (17) ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal (surah ke-8) : ayat 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."�

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui...

YaNg TeRseMbuNgi DAlAm HaRi

10:56 PM Posted In Edit This 6 Comments »

Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria, yang muram semuanya adalah hari.

Hari apakah kita dilahirkan ke dunia? Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama kita menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia.


Hari Ahad

Allah s.w.t menjadikan alam, bintang api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.


Hari Isnin

- Nabi Idris dinaikkan ke langit.

- Nabi Musa mengunjungi Bukit Turnisa

- Bukit keesaan Allah s.w.t diturunkan

- Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan

- Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

- Rasullullah wafat


Hari Selasa

- Nabi Yahya wafat dibunuh

- Nabi Zakaria wafat dibunuh

- Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan

- Asiah isteri Firaun mangkat dibunuh

- Lembu Kaum Bani Israel dibunuh

- Habil dibunuh oleh Qabil


Hari Rabu

- Qarun hancur binasa

- Firaun dan tenteranya ditenggelamkan

- Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk

- Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail

- Umat Nabi Hud dimusnahkan Allah s.w.t dengan angina taufan


Hari Khamis .

- Nabi Ibrahim memasuki Mesir

- Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui baginda

- Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir

- Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf diMesir

- Nabi Musa memasuki Mesir


Hari Jumaat

- Nabi Adam berkahwin dengan Hawa

- Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha

- Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib

- Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis

- Rasullullah s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aishah

- Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah


Hari Sabtu

- Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya

- Nabi Salleh ditipu umatnya

- Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya

- Nabi Musa ditindas Firaun

- Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi


“ Jadikan ilmu sebagai panduan beragama, pengalaman sebagai hikmah beragama dan fikiran sebagai keindahan beragama "

::Award dr @n@ $0LeH@H:::

7:50 AM Edit This 5 Comments »


~>>>fuh.....!!<<<~ jika ana solehah susah nak faham , sya skang baru faham tentg award ni memang blur jugak la apapun trima kasih pada

:::@n@ $0LeH@H:::

coz bagi AWARD..suka2...

Perkara yang perlu dilaksanakn tuk anugerah ni..

>
5 Fakta tentang Ana Solehah (pemberi award) fuhhh(ape ek!!).....<
  1. orangnyer comel...
  2. masih bergelar siswi ukm fakulti pendidikan..(pend.islam)
  3. Seorang yang peramah dan mudah untuk berkenalan
  4. orangnya solehah dan pendiam....errrr...
  5. kuat berusaha dalam memahami dan mencari Cinta Agung
~ huh...!!!!~

>> 10 fakta tentang diri sendiri<<
  1. blaja d UKM,bangi..fakulti sains dan teknologi..
  2. lahir 19/jun/1988
  3. suka makan aiskrim...
  4. berasal dari pasir puteh,kelate..
  5. anak sulung dari 5 beradik...
  6. cucu sulung sbelah ayah..
  7. suka makan nasi kerabu dan nasi lemak(masakan kelate)
  8. suka baca novel thiller..
  9. suka berkenalan...
  10. masih single...huhu
dan yang terakhir....beri award pada 10 org...

nak bg sape g?????

pade yang follow blog sya la..bg free je award ni..xpayah bayar
terutama pada..

Renungan Bersama 'Special'

10:29 PM Posted In Edit This 6 Comments »


>
>
> > Good
> > reading...
> >
> > WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
> > LELAKI : Kamu!!!
> > WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
> > LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA
> > dengan pasti).
> >
> > Kamu, tulang rusukku!
> >
> > Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam
> sedang
> > lena
> > tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan
> Hawa.
> > Semua LELAKI
> > mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat
> menemukan
> > wanita
> > untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
> >
> > Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang
> indah
> > dan manis
> > untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai
> > tenggelam dalam
> > kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang
> > ada. Hidup mereka
> > menjadi membosankan.
> >
> > Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai
> menyisihkan
> > impian
> > dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan
> > pertengkaran itu
> > mulai menjadi semakin panas.. Pada suatu hari pada
> akhir
> > sebuah
> > pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
> >
> > Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu
> tidak
> > cintakan saya
> > lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan
> > WANITA dan secara
> > spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan
> > ini! Kamu ternyata
> > bukan tulang rusukku!!!"
> >
> > Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk
> beberapa
> > saat. LELAKI
> > menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi
> seperti
> > air yang
> > telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
> Dengan
> > berlinang
> > air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil
> > barang-barangnya,
> > bertekad untuk berpisah.
> >
> > "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.
> > Biarkan kita
> > berpisah
> > dan mencari pasangan sejati masing-masing".
> >
> > Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi
> berkahwin,
> > tetapi berusaha
> > mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke
> luar
> > negeri
> > tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan
> seorang
> > asing dan
> > bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA
> tidak
> > menunggu,
> > sepertinya.
> >
> > Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya
> dan
> > merasakan
> > sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup
> mengakui
> > bahawa dia
> > merindukan WANITA.
> >
> > Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di
> airport,
> > tempat di
> > mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka
> > dipisahkan hanya
> > oleh sebuah dinding pembatas.
> >
> > LELAKI : Apa khabar?
> > WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu
> yang
> > hilang?
> > LELAKI : Belum.
> > WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan
> penerbangan
> > berikut.
> > Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau
> kamu
> > berkesempatan.
> >
> > Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang
> berubah.
> >
> >
> > WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
> > "Selamat tinggal..."
> >
> > Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA
> adalah
> > salah
> > seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi,
> LELAKI
> > meneguk
> > kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
> Akhirnya dia
> > sedar
> > bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya
> > sendiri yang
> > telah dengan bodohnya dia patahkan.
> >
> > Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang
> yang
> > paling kita
> > cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali
> > penyesalan itu
> > datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita
> menyedari
> > kesalahan
> > kita, semua sudah terlambat....
> >
> > Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang
> dicintai
> > dengan sepenuh
> > hati.... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah
> dahulu,
> > apakah kata
> > kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang
> dicintai?
> > Kira
> >
> > merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah
> > dilafazkan.
> > Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang
> yang
> > dicintai.
> >
> > Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan
> dilafazkan
> > sebanding dengan akibat yang akan diterima??

For Latest And Cool Stuff Join XciteFun

TraGedi 7 SepTemBer

8:35 AM Posted In Edit This 10 Comments »
Tidak tahu samada nak post atau tidak crite kali ini berkaitan "TRAGEDI 7 SEPTEMBER"...seram sejuk je nak crita pasal tragedi ini.. ini kerana kejadian ini berlaku kepada diri sendiri n juga seorang kawan... pada hari isnin (7/9/09) pukul 6 petang di highway plus di LUKUT, satu kejadian yang mungkin susah nak dilupai dan akan menjadi kenangan pahit buat selamanya....
sebelum kejadian.... MySpace
seorang kawan ajak saya pergi ke MELAKA untuk mengangkat barang oleh kerana nak pindah rumah di syeksen 7,bangi.. disebabkan kawan ni xpndai bawak kereta , dia mintak tolong sya bwakkan...sya kata OK n ORAIT...lagipun ni ada lah kali ke-2 nak pergi MELAKA, jadi disamping nak tahu jalan..nak jugak tengok KHAZANAH yang ada di sana. kami bertolak pada pukul 10 pagi dan alhamdulillah selamat sampai di PERINGGIT dekat pukul 12 tnghri (semasa perjalanan frenz ni tertido selalu coz penat, semalam xcukup tido)....MySpace sampai rumah tu (rehat dalam 10 minit) , kami pun punggah la barang2 dapur, pakaian, piggan mangkuk n ape y ada... setelah selesai kami pun terus ke pusat bandar.. (time tu ase rugi n sedey sangat coz terlupa bwak kamera untuk ambik gmbar di sekitar pusat bndar termasuk di PADANG PAHLAWAN)..MySpace
setelah 2/3 jam berada di pusat bndar sambil pusing2... kami pun meneruskan perjalanan ke AYER KERUH (pulang ke UKM la..).. time tu asa HAPPY coz telah berjaya melawati negeri yang BERSEJARAH dimana ramai pahlawan2 melayu dahulu kala dilahirkan di situ..MySpace pada masa ON THE WAY nak balik tu....>>>terlintas 1 perasaan pelik sngat..tapi buat xtau je<<<MySpace...kemudian terus meluncur ke HIGHWAY ke SEREMBAN....
ketika perjalanan pulang..kami rancang nak singgah ke PORT DICKSON dlu coz sambil2 lalu,, singgah jap.... dalm 1 jam setengah, jumpa la simpang nak masuk ke PORT DICKSON n terus ke TELUK KEMAN.... lebih kurang 18 KM..(jauhnyer.....) tapi dah masuk, so teruskan la... nak patah balik dah bayar tol (hati rase nak je patah balik)...
ditengah perjalanan kami singgah di sebuah MASJID untuk menunaikan KEWAJIPAN yg dituntut bagi umat ISLAM >>jamak takhir<<...(time tu dah pukul 5 ptg).. n then smpai la ke TELUK KEMAN, WAaaaaaaaa!!!!!!!!!! lawa nyer... (rugi kali ke-2 coz xbwak kamera) MySpace
pukul 5.30 kami pun beransur pulang... Dalam dekat2 pukul 6,kami meluncur ke HIGHWAY PLUS menuju ke KL,time tu dah rase laen sngat....mata dah jadi kuyu sngt2..so, pasang la radio kuat2. time tu kawan sebelah tengah tido ( klu x, boleh sembang). hampir 7 jam bawak kereta,memg penat sngat dengan bulan puasa lagi n tido xcukup..time tu memg menyeksakan , (mase tu jugak la pikir dalam hati nak berhenti di tepi jalan tapi bahaya pulak coz kereta xbanyak lalu jalan tu, takot nnti ada perompak ke ape..., so, buat keputusan teruskan lagi n berhenti di tempat PERHENTIAN YG DISEDIAKAN....)
Ntah macam mana bleh terlelap TIBA2 ,sedar2 kereta dah nak masuk gaung, dengan SKILL yang xseberapa ,sya pulas setering ke kanan dalam 15 darjah tapi tayar depan dah masuk gaung(xdengar kata dah!!!!!!!!). sya tekan BREK dan kreta terus DRIFT masuk balik atas jalan raya dan melanggar PEMBAHAGI JALAN... MySpace Asstaufirullah..... nasib baek pakai SETBACK klu x..(dah melantun ke jalan sebelah)... sya terus keluar dari kereta dan panggil kawan keluar dan terus berlari ke tepi jalan.. nasib baik masa tu kereta, treler dan moto jauh lagi di belakang...klu x, ENNALILLAH....( kemungkinan akan bertembung dengan kreta yg kami naiki) dan mungkin juga post sebelum ini merupakan POST y TERAKHIR... >>kejadian berlaku di
kilometer16.3, highway PLUS di LUKUTMySpace.

Bila difikirkan balik mungkin ada hikmahnya dan kami dilindungi olehNYA.. pertama : jika kami terus meluncur ke HIGHWAY UTAMA (kreta memg bnyak sngat2) dan jika terlelap time tu alamatnya... kedua : kereta tidak masuk kedalam gaung (kecederaan yang teruk akan dirasai) ketiga : ketika kereta DRIFT dan melanggar pembahagi jalan, nasib baik pembahagi jalan tidak patah, jikalau tidak kreta akan meluncur ke jalan sebelah dan akan dilanggar dari arah bertentangan... dan keempat : tiada kereta yang follow rapat di belakang (kemungkinan besar juga akan dilanggar dan yang tinggal hanya JASAD yang KAKU di atas jalan)

ketika itu banyak sngat pengajaran, pengalaman dan pengetahuan yng kami dapat... 1st jika berlaku ape2 jangan nervous, asalkan nyawa selamat, tentang kereta jngn risau sngat coz bleh claim insuran. 2nd jangan menunjukkan raut muka yang CUAK,TRAUMA n so on jika tidak (ape ntah yang dipanggil penarik kereta tu) ,diorang akan ambik kesempatan di atas kesusahan orang lain, buat machoo je.. dan 3rd, jangan terburu2 buat report polis jika tidak , kemungkinan besar, insuran kreta xbleh claim dan jika bukan owner kreta yang buat report, sya kena bayar rm400 kepada insuran dan kereta kena repair sendiri... dan 1 lagi jngn buat report coz terlelap, juga xbleh claim insuran kerana kecuaian sndiri..tapi bagi alasan yg logik seperti "mengelak anjing melintas jalan"......
Apapun alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan insyallah xkan berlaku untuk kali ke-2 melaenkan KEHENDAKNYA dan masih boleh hidup seperti biasa serta menjadikan pengalaman itu sebagai IKHTIBAR di masa depan.. (jika berkesempatan akan di postkan gmbar kreta tersebut di laen waktu) wassalam... P/S:
berhati2 di jalan raya

Mastika September 2009

12:22 AM Posted In Edit This 2 Comments »
akhirnya kluar jugak majalah mastika bulan september 2009....
ape plak ek crite kali ini..ntah la coz sya pun xbace lagi..
jadi kita same2 la bace untuk mengetahui kisah2 yang ada kali ini...
sebenarnya..banyak majalah2 nak di postkan like majalah PC, majalah APO ,majalah ujang..
tapi posting kat blog ada limitnya,nnti kena bt blog len lagi... lagi pun bnyak bnda2 yg menarik xpostkan coz xsempat..
email pun bnyak bertambung xbukak2... tggu la time memg betol2 free untuk post..
apapun..download la dlu dan selamat membaca..

[mastikasept09660500.jpg]


link untuk download.:)

doWnLOaD


uNtUK renungan.....

10:09 PM Posted In Edit This 1 Comment »


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Nabi Muhammad SAW hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Wallahualam...

mInGGu yAng meLetIhkan

9:37 PM Posted In Edit This 3 Comments »
minggu ini penat sangat, dah 4 malam xcukup tido coz siapkan proposal... dah 3 kali buat tapi kena edit balik coz salah format, ayat x betol, method xkena, rujukan terlalu lama, dan macam2 lagi.. sebernarnya pada 1/9/09 ada pra-presentation untuk proposal iaitu 3 hari lepas.. tapi syukur lah..dapat buat yang terbaek walaupun kurang baik coz still ada mistake.. kebetulan plak pada hari yang sama 3 hari lepas ada presentation untuk subjek perngurusan organisasi.. memang rush tahap dewa2 la.. itu yang lepas subuh baru tido, time subuh tu memg xbleh tahan dah,mata dah kuyu, kepala dah pening2 lalat, kaki dah lembik.......akhirnya terlena atas lantai... tut3...semalam demam.. fuhhhh!!!!!!!!!!!!!.... nasib baik xteruk, alhamdulillah hari ni dah sihat sedikit.. tapi semalam memg la..pening sangat2...rase nak hempak je kpala ni, kalu bleh nak telan je ubat 17,18 biji..tapi xbleh terlebih dos..bahaya, boleh maut tu... xsempat nak kawen nnti..opppsssss...(berangan plak....) ..hujan plak time2 camni.. bagus la..
hujan rahmat....

28238078

dlu time2 kecik2 suka giler maen hujan,xbleh nampak ujan, time tu nak la enjoy nyer... 1 hari tu kan,tengah syok men ujan tiba2 mak panggil...wan!!!!!!!!!!! mai jap... ada hadiah ni...(dengar je ada hdiah memg syok gler,terus naek umah) jejak je atas lantai umah, awaq ase pedis je kat blakang ni????!!!!!!!,tuuuu dioooo......tengok2 upa2nya mak pegang rotan... sakit woooo....
sejak peristiwa itu...huh!!!!...lelaki kan memg xinsaf... men lagi ujan.. tapi mak pggil memg xpi ar..hehe..(pengalaman..) dah besar2 ni, xpula men ujan..matang dah pun..

76019074

45298513

92512874

93509271


hAnTaRan Al-QuRan

7:47 PM Posted In Edit This 10 Comments »

pagi ini saya dapat 1 email yang menceritakan tentang hantaran perkahwinan... tiba2 je rasa sayu..maklum la membina keluarga merupakan impian yang diimpikan oleh umat-umat islam dan bukan islam.. kebanyakan kawan2 yang seusia dah ramai yang bertunang dan berkahwin, yang dah ada anak pun ada... teringat kat seorang kawan ketika sekolah menengah dahulu yang berkahwin dengan gurunya..(macam mana ek permulaan cinta diorang..hm...biarlah rahsia,tetapi tetap berlandaskan sunnah) dan sekarang wifenyer dah mengndung 6/7 bulan.. maknanya usia tidak menghalang jodoh seseorang.. cemburu jugak la tengok diorang bahagia..hehe..
Dan seterusnya saya nak post kan email yang saya dapat..>>jika rajin baca la yer<<

VN:F [1.6.3_896]
Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih.. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin..

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

Apa benda nih detik hati Nabil.

Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : Auzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. kedengar suara gemersik Ustaz Saad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Saad.


Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya... penutup Ustaz Saad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya..

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa
ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


read dis...

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.
_._,_.__
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin