Blog Widget by LinkWithin

>>AttenSioN to aLL viSitOr, plez cLiK tHis LinK<<

Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....

9:42 PM Posted In Edit This 7 Comments »
Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Helah kahwin lain yang kantoi

1:05 AM Posted In Edit This 5 Comments »


setelah sekian lama tidak update blog.. teringin jgak nak post kan sesuatu.. tut2 dapat email yang agak kelakar la...so..tumpukan perhatian membaca nyer..haha..

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS

tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Sebab handphone tidak boleh bawa ke sekolah

4:13 PM Posted In Edit This 5 Comments »

Image Hosting

sekarang ni bnyak sangat masalah sosial yg berlaku di sekolah2...
antara sebabnye kebawakan nset ke sekolah
diorang ni klu guna untuk kebaikan xpe..
tapi yang menjadi masalah problem nyer.........
macam2 bnda xelok diorang buat...
rakam member sndiri buat SHOW la.....
tapi kadg2 ada jgak faedah nyer..
sperti ada kes sebelum ini yang mana ada tersebar video PeLaJaR TENDANG GuRu
telah dirakam dan pelajar berkenaan telah dibuang sekolah
kecian~~~

tapi asernye yang tension cikgu sekolah lah..
asal nak pukul stdent je, ada je yang rakam...
cikgu nak pukul coz nak bagi pengajaran
tapi disalah tafsir sebagai penderaan...
then, report polis..
patut la skang ni mcm2 kes berlaku....
cikgu pun takut ngn stdent..
bukan pe, takut masuk lokap
Berbeza nyer pelajar zman dlu dngan pelajar zman skang

PeNCiNTA

12:22 AM Posted In Edit This 43 Comments »

(iklan~~~~~~~~~>>>>>

Trilogi Bagaikan Puteri, antara novel karangan Ramlee Awang Murshid yang paling diminati. kisahnya dapat menyanyatkan hati para pembaca.... ia mengisahkan kejadian yang lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pada masa dahulu kala berulang kembali di zaman Hang Tuah dan juga pada masa kini iaitu "ashabul kahfi". walaupun ianya hanya sebuah cerita,tetapi banyak iktibar dan pengajaran yang dapat dipetik dari novel trilogi cinta ini.
iklan TAMAT....

Ingatan dan doa buat kawan2 yang sedang asyik memadu kasih......Ingatan buat diri ini yang terkadang selalu tergelincir.

"Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, sungguh! Sebab itu saya mahu belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!.

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya, solid betul. Sungguh! Sebab itu saya berhajat belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! Syoknya!

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia tanya, Apa ubatnya, bang? Saya mahu bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa! Semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta,motor elok-elok! Nanti awak saya juga yang susah hati, bla lah bla bla. Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib bagitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuh! berdosanya saya!.

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.


Tetapi kita merancang Tuhan yang menentukan... memang sudah ditakdirkan tiadanya jodoh diantara dua pencinta ini. Jika takdir ini adalah baik buat dua pencinta ini maka, dengan rela hati dan redha menerimanya... Walaupun begitu, kesunyian, kesepian dan kenangan tetap akan dirasai dan diingati ntah sampai bila?????...... semoga kita tak terlupa PENCINTA kita yang benar2 sejati. (diharapkan si dia bahagia di samping teman hidup yang terCINTA)

Doakan kami saling insaf-menginsafi. "Ya Allah, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya di syurga...."
Amin....

Gempa di PADANG dan Ayat AL-QURAN

11:18 PM Posted In Edit This 0 Comments »
kali ini sya nak berkongsi berkaitan kejadian ataupun bercana yang berlaku di Padang. kejadian ini lebih kurang sama dengan ape yang berlaku di aceh pada tahun 2004 di mana ianya telah mengorbangkan banyak nyawa. tetapi kejadian kali ini adalah diibaratkan lebih kurang sama dengan hari kiamat yang mana goncangan dunia/gempa bumi telah melanda di kebanyakan negeri. yang menariknya kali ini, kejadian kali ini telah dikaitkan dengan surah dan ayat Al-quran...
Artikel ini sya dapat dari seorang kawan..maka adalah patut untuk dikongsikan bersama

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-QurĂ¢n! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' (surah ke-17) ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."�

17.58 (QS. Al Israa' (17) ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal (surah ke-8) : ayat 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."�

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui...

YaNg TeRseMbuNgi DAlAm HaRi

10:56 PM Posted In Edit This 6 Comments »

Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria, yang muram semuanya adalah hari.

Hari apakah kita dilahirkan ke dunia? Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama kita menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia.


Hari Ahad

Allah s.w.t menjadikan alam, bintang api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.


Hari Isnin

- Nabi Idris dinaikkan ke langit.

- Nabi Musa mengunjungi Bukit Turnisa

- Bukit keesaan Allah s.w.t diturunkan

- Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan

- Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

- Rasullullah wafat


Hari Selasa

- Nabi Yahya wafat dibunuh

- Nabi Zakaria wafat dibunuh

- Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan

- Asiah isteri Firaun mangkat dibunuh

- Lembu Kaum Bani Israel dibunuh

- Habil dibunuh oleh Qabil


Hari Rabu

- Qarun hancur binasa

- Firaun dan tenteranya ditenggelamkan

- Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk

- Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail

- Umat Nabi Hud dimusnahkan Allah s.w.t dengan angina taufan


Hari Khamis .

- Nabi Ibrahim memasuki Mesir

- Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui baginda

- Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir

- Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf diMesir

- Nabi Musa memasuki Mesir


Hari Jumaat

- Nabi Adam berkahwin dengan Hawa

- Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha

- Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib

- Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis

- Rasullullah s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aishah

- Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah


Hari Sabtu

- Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya

- Nabi Salleh ditipu umatnya

- Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya

- Nabi Musa ditindas Firaun

- Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi


“ Jadikan ilmu sebagai panduan beragama, pengalaman sebagai hikmah beragama dan fikiran sebagai keindahan beragama "

::Award dr @n@ $0LeH@H:::

7:50 AM Edit This 5 Comments »


~>>>fuh.....!!<<<~ jika ana solehah susah nak faham , sya skang baru faham tentg award ni memang blur jugak la apapun trima kasih pada

:::@n@ $0LeH@H:::

coz bagi AWARD..suka2...

Perkara yang perlu dilaksanakn tuk anugerah ni..

>
5 Fakta tentang Ana Solehah (pemberi award) fuhhh(ape ek!!).....<
  1. orangnyer comel...
  2. masih bergelar siswi ukm fakulti pendidikan..(pend.islam)
  3. Seorang yang peramah dan mudah untuk berkenalan
  4. orangnya solehah dan pendiam....errrr...
  5. kuat berusaha dalam memahami dan mencari Cinta Agung
~ huh...!!!!~

>> 10 fakta tentang diri sendiri<<
  1. blaja d UKM,bangi..fakulti sains dan teknologi..
  2. lahir 19/jun/1988
  3. suka makan aiskrim...
  4. berasal dari pasir puteh,kelate..
  5. anak sulung dari 5 beradik...
  6. cucu sulung sbelah ayah..
  7. suka makan nasi kerabu dan nasi lemak(masakan kelate)
  8. suka baca novel thiller..
  9. suka berkenalan...
  10. masih single...huhu
dan yang terakhir....beri award pada 10 org...

nak bg sape g?????

pade yang follow blog sya la..bg free je award ni..xpayah bayar
terutama pada..
Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin