Blog Widget by LinkWithin

>>AttenSioN to aLL viSitOr, plez cLiK tHis LinK<<

sesak 8 jam di atas jambatan p.pinang

2:31 PM Edit This 0 Comments »




Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama lebih lapan jam di Jambatan Pulau Pinang pagi semalam apabila sebuah kren yang digunakan untuk kerja pelebaran jambatan terbalik.

Dalam kejadian pukul 3.15 pagi, kren tersebut terbalik di Kilometer 3.6, Jambatan Pulau Pinang di laluan dari bahagian pulau menghala ke tanah besar.

Ia menyebabkan satu daripada dua lorong di jambatan berkenaan terhalang menyebabkan kesesakan teruk di semua laluan masuk ke jambatan dari Lebuh Raya Jelutong, Gelugor dan Bayan Lepas.

Ekoran itu, dua buah kren lain dihantar untuk bantuan tetapi satu daripadanya rosak menyebabkan keadaan kesesakan bertambah buruk.

Jurucakap Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB) berkata, kren yang terbalik itu dapat dialihkan pukul 11 pagi dan kesesakan di jambatan itu hanya pulih menjelang tengah hari.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin