Blog Widget by LinkWithin

>>AttenSioN to aLL viSitOr, plez cLiK tHis LinK<<

maut...

11:42 PM Edit This 2 Comments »
KM 434-3 Lebuhraya Utara Selatan
Arah Ipoh
Bukit Beruntung
Hulu Selangor

16 Feb 2009
kemalangan ini berlaku kira-kira jam 6-15 pagi.


Sebaik tiba di lokasi, ada beberapa orang sedang berada di tepi lebuhraya, manakala tiga buah kereta tersadai di tepinya.


Keadaan masih agak gelap.

Apa yang dilihat, amat menyayat hati.

Bahagian badan mangsa bertaburan di atas lebuhraya, manakala cebisan daging berada di mana-mana.


Kopiah mangsa juga ditemui bersama topi keledar yang dah pecah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi.
Mangsa, Abdul Rahman Mohd Salleh, 44 tahun menunggang motosikalnya berseorangan dipercayai dalam perjalanan pulang kerumahnya di Bukit Sentosa.


Berdasarkan keadaan motosikalnya, mangsa dipercayai terbabas dan jatuh ke atas jalan.

Dia kemudian terus dilanggar dan digilis oleh beberapa kenderaan yang kemudian terus memecut laju.


Akibatnya, bahagian badan mangsa terpelanting dan terputus bersama kedua-dua kakinya yang juga terpelanting di atas jalan dan tepi lebuhraya.


Bagaimanapun, pemandu sebuah kereta yang juga melalui laluan ini, terkejut apabila terlihat kaki manusia di atas jalan lalu cuba mengelaknya.


Dalam usaha mengelak ini, sebuah kereta di belakang terpaksa membrek mengejut dan akhirnya mengakibat tiga buah kereta terbabit kemalangan.

Sebuah darinya terbabas ke dalam longkang.

Dua dari kereta tersebut dinaiki beberapa pegawai dan anggota polis dari Bukit Aman yang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang.



Polis juga terpaksa menutup terus laluan di lebuhraya ini kira-kira 20 minit bagi kerja-kerja mengutip cebisan mayat mangsa yang bertaburan dalam jarak lebih 50 meter.



Apa yang lebih menyedihkan, kepala mangsa tidak ditemui dan dipercayai telah hancur digilis oleh beberapa kenderaan.


Kita doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Nya dan takziah untuk keluarganya.




Polis sehingga ini masih belum dapat mengesan kenderaan yang merempuh mangsa.
Sebarang maklumat atau saksi kejadian, diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.




Tel: 03-60641223
Insp Amir Che Ya
Pegawai Penyiasat Trafik
IPD Hulu Selangor

2 comments:

Anonymous said...

na'uzubillahiminzalik...
Ya Allah..tenangkan lah roh arwah...

zamzam alaketam said...

huhuhuhu...dahsyat..lpas ni kompem aku x mrempit dh..aku terbng terus..huhuhu..

Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin