Blog Widget by LinkWithin

>>AttenSioN to aLL viSitOr, plez cLiK tHis LinK<<

Kereta Jatuh Sungai- Mangsa Masih Belum Ditemui

6:20 AM Edit This 1 Comment »

Jalan Sg Chua
Kajang
Selangor
27 April, 2009

Misteri…

Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 3-30 pagi di jambatan Jalan Sg Chua arah pusat bandar Kajang. Dipercayai dipandu AMAT-AMAT LAJU, kereta jenis Honda ini kemudian terbabas ke tebing jalan dan merempuh beberapa besi penghadang.
Dan bagai aksi stunt, kereta ini kemudian meniti pula saluran paip air milik Syabas ini sejauh kira-kira 50 meter.
Dan, akhirya, kereta ini terus terjunam dan tenggelam ke dalam dasar sungai Langat.
Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta membabitkan anggota Bomba dan Penyelamat Kajang.
Usaha mencari pemandu kereta bagaimanapun gagal setelah beberapa kali selaman dan pencarian di kawasan sekitar dan di dalam sungai.
Seorang wanita yang mendakwa sebagai ahli keluarga mangsa kemudian tampil memaklumkan, adiknya hilang dan dipercayai memandu kereta ini ketika kejadian.

Mengikut maklumat diterima, mangsa dikenali sebagai Yong Tek Lee, 28 tahun.

Dan sehingga kereta ini ditarik ke tebing sungai jam 11 pagi , tiada kelibat mangsa ditemui.
Kereta ini terpaksa ditarik menggunakan dua buah trak penunda.
Berdasarkan kemalangan ini, mangsa dipercayai berkemungkinan dihanyutkan arus sungai ketika cuba keluar dari kenderaan ini.
Atau mungkin dia telah diselamatkan?
Tetapi ke manakah hilangnya lelaki itu?…

1 comments:

miza said...

pemandunya dah "beerrrrrtukaaarrr.." jd kamen rider..hahaha

Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin