Blog Widget by LinkWithin

>>AttenSioN to aLL viSitOr, plez cLiK tHis LinK<<

album terbaru INTEAM-Allahu Rabbi

7:37 PM Posted In Edit This 0 Comments »


sila klik pada gambar untuk paparan yang jelas
:::::FN_Wallpaper 2009:::::

sila klik pada gambar untuk paparan yang jelas
:::::FN_Wallpaper 2009:::::



Track 1 – Allahu Rabbi

Lagu Allahu Rabbi memulakan track album ini dengan penuh yakin. Dengan melodi chorus yang catchy dan mampu menjadi anthem baru Inteam. Akhi Amin, Suhaimi dan Syam yang menggalas tugas menyanyi dalam bahasa Hindi pun dengar lancar, tanpa intonation yang artificial. Wah, kalau dibuat video klip utk lagu ni, elok diundang sekali orang-orang India Muslim untuk memeriahkan. Sebuah lagu yang bernada gembira dan bagus. Penilaian = 10/10

Track 2 – Hamzah Asadullah

Untuk pertama kalinya, mereka cuba membikin sebuah lagu epik. Hmm, cubaan pertama Inteam kali ini nampak hasil yang boleh dibanggakan. Cuma muzik bagi lagu ini kedengaran sedikit longgar bagi sebuah lagu epik sebegini. Namun, susunan vokal yang mantap serta efek bunyi dapat memadatkan ruang-ruang kosong di dalam muziknya. Tapi apa pun, lagu ni mantap. Apabila mendengar lagu ini, kita sendiri akan dapat merasakan betapa besarnya perjuangan Hamzah r.a.. Dengar macam dekat medan perang pun ada. Penilaian = 10/10

Track 3 – Hanya Takdir

Lagu yang menguji vokal Inteam ketahap paling maksima dalam album ni. Unsur-unsur classical orkestra ala gospel mengambil tempat dalam lagu ni. Koir dalam lagu ni memang rapi susunannya dan masuk dengan muzik orkestra. Cuma, kelemahannya pada muziknya adalah hanya tertumpu banyak pada strings, piano dan sedikit percussion (Timpani dan Obon). Kalau ditambah lagi elemen horns dengan winds, saya boleh kata, lagu yang sempurna. Penilaian = 10/10

Track 4 – Dia Muhammad

Kembali kepada suasana ceria dengan chorus yang catchy. Fusion arab yang kedengaran sedikit laid back, namun tetap segar apabila didengar. Penilaian = 10/10

Track 5 – Kepastian

Nampaknya kali ini, Inteam cuba sedaya upaya untuk membikin kembali ‘killer song’ yang menghambat ribuan peminat mereka pada zaman mereka di Hijjaz Records dulu. Lagu pop ballad ini sedap, dengan chorus yang padat dan tidak meleret. Ditambah pulak dengan susunan muzik daripada Along Exist yang memang mempunyai kepakaran membikin lagu-lagu ‘maut’ untuk Inteam sejak dahulu kala lagi. Sempurna! Muzik pun memang sesuai dengan Inteam. Penilaian = 9/10

Track 6 – Kemuliaan Al-Quran

Cuba menukar mood kepada lagu asli. Tidak banyak yang boleh diperkatakan dalam lagu ni. Mungkin sebab lagu ni tidaklah 100% irama melayu asli, mungkin 85% sahaja dan diadun dengan sedikit pop. Irama Melayunya mungkin kedengaran jelas pada lenggok vokal. Tapi bila dengar dua tiga kali, melekat juga la. Bolehlah dikira sedap juga. Penilaian = 7/10

Track 7 – Asy-Syafie

Ini satu lagi lagu yang sesuai untuk ‘melompat-lompat’. Kedengaran sekali lagi arab fusion yang boleh dikatakan boleh tahan jugalah. Suka dengar ‘suara macho’ Ustaz Taha kita. Lama juga saya tak dengar Inteam buat lagu Arab dan lagu ni pun best juga. Lagu yg kedengaran sedikit techno fusion arab juga. Tiadalah over. Penilaian = 7/10

Track 8 – Redha

Lagi sekali, cubaan utk membuat ‘killer song’ dengan bantuan Along Exist tampak berjaya. Namun, kali ini lebih banyak vokal works daripada lagu Kepastian, tanpa kehadiran vokal Syam dan Suhaimi. Lagu ni melekat juga chorusnya dalam masa yang singkat. Sedikit ringan berbanding lagu Kepastian yang agak berat sedikit pembawaannya. Penilaian = 8/10

Track 9 – Asma’ Allah

Cuba bereksperimentasi dengan Asmaul Husna. Muzik laid back, sekali dengar memang rasa tenang. Light and easy, mungkin perkataan yang paling tepat pada lagu ni. Lagu yang straight forward dengan vokal yang cemerlang. Penilaian = 7/10

Track 10 – Kasih Sayang

Pop nasyid yang tipikal. Seakan cuma lagu pelengkap album. Tapi bila disemak semula, mungkin ada sebab diletakkan lagu ini pada track terakhir. Track pertama dibuka dengan mood hype dan ditutup juga dengan mood hype, untuk memberi satu kepuasan selepas puas dengar satu album.


boleh download di sini : http://www.mediafire.com/?mztnznwqizw

( copy link di atas, kemudian paste kat new tab n then press ENTER )

#############################
THANK YOU FOR DOWNLOADING
#############################

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin